"TAHUKAH ANDA? ANDA BOLEH LAKUKAN SENDIRI
RAWATAN
BEKAM
DIRUMAH
CARA
MUDAH, BERSIH DAN SELAMAT HANYA MELALUI EBOOK DAN VIDEO" |
Berbekam
tidak memerlukan kos yang tinggi.
Ianya juga mudah
dilakukan. Panduan yang anda bakal baca nanti akan
bongkarkan kepada anda
cara mudah dan moden dalam
perubatan bekam.

Daripada: Aswadi
Bin Aziz
Tarikh:
Lokasi: Shah Alam,
Selangor
RE: PANDUAN BEKAM SUNNAH DO IT YOURSELF
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahukah
anda kehidupan seharian kita dewasa ini menyebabkan
diri kita terdedah dengan risiko terkena pelbagai
jangkitan penyakit. Pemakanan kita juga diantara
penyumbang pelbagai penyakit. Makanan yang kita
makan hari-hari menyebabkan pengumpulan toksin
didalam badan. Toksin berlebihan membahayakan
kesihatan.
Bagaimanakah caranya untuk menyingkirkan toksin
didalam badan?
Bersenam
setiap hari dapat mengeluarkan toksin atau
perkukuhan dari badan. Persoalannya adakah anda
bersenam setiap hari? atau seminggu 1 sekali? atau
sebulan sekali? Bilakah kali terakhir anda
berjogging?
Adakah
anda berkerja didalam pejabat berhawa dingin? Berapa
jam anda habiskan masa didalam bilik berhawa dingin?
Adakah anda berpeluh? Balik rumah sebelum tidur anda
pasti pasang penghawa dingin. Berapa jam lagi
dirumah anda berada didalam bilik berhawa dingin?
Persoalannya badan kita kurang mengeluarkan peluh
dan kita pasti terasa lesu. Tambahan beban kerja
membuatkan anda berasa stress tak bermaya.
Adakah anda pasti
esok atau lusa atau kemudian hari anda tidak akan
mendapat apa-apa penyakit? Bagaimana anda dapat
berusaha untuk mengelakkan pelbagai penyakit dari
menghinggapi diri anda?
Bagaimana
pula sekiranya anda telah mempunyai penyakit?
Apakah perubatan alternatif anda selain
mengambil ubat konvensional di klinik atau di
hospital. Setelah sembuh penyakit anda sekarang
ini mungkin penyakit lain pula akan timbul kesan
dari pengambilan ubat-ubatan sebelum ini.
Bagaimana pula
dengan pemakanan anda seharian? Adakah anda pasti
setiap suap makanan kedalam mulut anda bebas dari
bahan kimia? Seperti yang anda ketahui hampir 90
peratus sumber makanan kita pada hari ini
mengandungi bahan kimia yang agak berbahaya. Sayuran
dan buahan disembur dengan racun perosak. Ikan
disembur dengan larutan formaldehid untuk
mengekalkan kesegarannya. Ayam dicucuk dengan
sejenis bahan kimia untuk menggalakkan tumbesaran
dengan cepat. Apa akan terjadi kepada anda setelah
memakan kesemua bahan makanan tersebut?

Berbekam
darah adalah rawatan yang dapat menyegarkan tubuh
badan kita dari stress dan kelesuan. Digalakkan kita
berbekam seminggu sekali sekiranya kita berasa
strees dan kelesuan. Berbekam juga dapat
mengeluarkan darah kotor atau toksin yang
terhasil dari permakanan kita seharian yang
mungkin tidak dapat dikeluarkan melalui sistem
perkumuhan. Persoalannya adakah kita
mempunyai masa untuk kunjungi pusat rawatan bekam
seminggu atau sebulan sekali? Bagaimana pula wang
yang perlu dibayar setiap kali anda mendapatkan
rawatan. Dianggarkan setiap rawatan berharga RM60.
Bagaimana pula dengan kos minyak, tol dan parking?
LAMAN WEB INI SERTA PRODUK DIDALAMNYA INGIN DIJUAL
SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Siapa saya? |
|
Ebook panduan
bekam ini saya terbitkan berdasarkan
pembelajaran dan pengalaman saya
dalam bidang ini. Saya belajar
dengan seorang pengamal perubatan
tradisional dalam bidang bekam, urut
dan ruqyah, semuanya asas perubatan
Islam di Petaling Jaya. Saya pernah
membuka khidmat bekam ini tetapi
tidak dapat meneruskannya akibat
kekangan masa. Oleh itu saya
terbitkan ebook dan video panduan
bekam ini supaya kita sama-sama
dapat mempelajari sunnah nabi kita
dalam bidang perubatan. |
ADAKAH ANDA FIKIR BEKAM SANGAT BAHAYA?
Saya tahu
persepsi dikalangan masyarakat
kita bahawa rawatan bekam
melibatkan darah dan ianya
adalah berbahaya. Tambahan pula
penggunaan jarum tusukan
melibatkan aspek kebersihan
takut dijangkiti virus dan
bakteria. Yang paling teruk
adalah kita merasakan geli dan
takut melihat darah dan luka
akibat proses rawatan bekam
dilakukan. Apa yang saya boleh
katakan disini anda tidak perlu
merasa geli dan takut kerana
proses rawatan bekam ini sangat
mudah dan selamat. |


Bukankah Bekam ni Untuk Orang
Lelaki Sahaja?
Persepsi ini
sememangnya wujud apabila
pertama kali kita mendengar
perkataan bekam. Perkara ini
terjadi kita melihat demo-demo
atau rencana di kaca televisyen
yang mana ianya melibatkan
tenaga lelaki. Agak sukar juga
kita menemui pembekam wanita
didalam kaca televisyen.
Sebenarnya bekam ini adalah
sesuai untuk semua peringkat
samada lelaki atau wanita, tua
atau muda, sihat atau sakit dan
juga tidak kira bangsa dan
agama.
Kanak-kanak Boleh Berbekam?
Kanak-kanak
pun boleh berbekam tetapi tidak
seperti orang dewasa. Ada kaedah
tersendiri seperti berapa cup
yang dibenarkan dan juga tahap
jarum bekam yang harus disetkan.
Semua ini akan didedahkan
didalam ebook panduan bekam. |
|
Senarai Keperluan Alatan Untuk Proses
Rawatan Bekam

Adakah Bekam Ini Selamat?
Ya! Ianya
selamat kerana ia adalah teknik
moden. Sarung tangan digunakan.
Zaman dahulu bekam menggunakan
tanduk dan torehan pisau.
Kebersihannya mungkin anda ragui.
Tetapi teknik moden lancet (jarum)
dan pen bekam digunakan. Ia
seperti alatan yang digunakan
untuk mengambil darah anda
diklinik untuk diuji. Lancet
digunakan sekali sahaja iaitu
pakai buang. Cup plastik pula
digunakan untuk menggantikan
tanduk. Semua alatan ini dibasuh
dengan cecair dettol untuk
menyah kuman dan akhir sekali
direndam air panas untuk proses
akhir steril. Sekiranya anda
mampu anda boleh membeli mesin
UV sterilizer. |
|
Tengok Keratan Akhbar
Dibawah Sebab Apa Harus Anda
Buat Sendiri Bekam |
|
Hati-hati semasa
berbekam
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

SEORANG peserta kajian
menjalani rawatan bekam
yang dilakukan oleh
Pusat Pengajian Sains
Perubatan, USM Kubang
Kerian di Kota Bharu
semalam.
KOTA BHARU - Orang ramai
dinasihatkan supaya lebih
berhati-hati menggunakan
khidmat bekam pengamal
perubatan alternatif bagi
mengelak risiko penyakit
berjangkit termasuk HIV dan
AIDS.Pensyarah Jabatan
Perubatan Masyarakat, Pusat
Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia (USM)
Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab.
Aziz Al-Safi Ismail (gambar
kecil) berkata,
peralatan seperti jarum yang
digunakan dalam rawatan
tersebut boleh mengundang
jangkitan pelbagai penyakit
berbahaya.
Menurut beliau, ia
berikutan peralatan yang
digunakan oleh pembekam
tidak diketahui tahap
kebersihannya malah ada yang
menggunakan jarum sama
berulang kali.
"Di mana-mana sahaja ada
perkhidmatan berbekam pada
masa sekarang tetapi kita
harus bijak memilih, kerana
jarum, pisau atau cawan yang
digunakan apabila terkena
darah pembawa pelbagai
penyakit dan jika ia
digunakan semula, penyakit
itu boleh tersebar kepada
orang lain.
"Saya harap pengamal
perubatan alternatif ini
supaya lebih
bertanggungjawab dan
memastikan peralatan yang
digunakan benar-benar bersih
supaya penyakit tidak
disebarkan kepada orang
lain," katanya ketika
ditemui semalam.
Ab. Aziz berkata, beliau
kini mengetuai lima pakar
daripada universiti tersebut
yang sedang menjalankan
kajian secara saintifik
mengenai kebaikan berbekam
mengikut kaedah yang
diamalkan oleh Rasulullah
SAW.
Sumber: http://www.kosmo.com.my |
Adakah saya boleh menambah
pendapatan dengan perkhidmatan
bekam ini?
Ya! Anda
boleh menukarkan amalan bekam
ini kepada pendapatan sampingan.
Anda boleh jalankan perniagaan
bekam pada hujung minggu dirumah
anda sebagai pendapatan tambahan
ataupun anda boleh iklankan
khidmat anda sebagai pembekam
bergerak yang boleh kerumah
pelanggan anda dengan mengenakan
bayaran tertentu. Sebenarnya
banyak pelanggan yang tidak
kisah membayar lebih sedikit
dari harga asal untuk
mendapatkan khidmat bekam
dirumah mereka sendiri.
Berapa
anggaran pendapatan yang anda
boleh dapat dengan servis bekam
ini?
Pendapatan
sampingan anda sebulan
RM960.
Sudah boleh bayar ansuran rumah
kan? |
|
BEKAM
ADALAH SUNNAH RASULULLAH. SEKIRANYA ANDA
MENGAMALKANNYA ANDA MENDAPAT PAHALA DAN
KEBERKATAN

Dapatkan Panduan Bekam DIY Sekarang Juga!!!

Ebook
Panduan Bekam
RM60
RM40
 |
Adakah anda
rasakan pembelian ini adalah
tidak berbaloi? Anda harus ingat
perubatan bekam telah wujud
sejak 1400 tahun dahulu dan
caranya tidak akan berubah
sampai bila-bila. Oleh itu
panduan ini boleh dibaca dan
diamalkan sampai bila-bila. Tak
perlu beli panduan baru. Sudah
lengkap segalanya. Tak seperti
anda beli perisian dan ebook
seperti panduan mengenai cara
buat duit diinternet yang
mungkin hanya dapat bertahan
selama setahun sebelum ianya
berubah. |
CaSE
STUDY: RAWATAN BEKAM PESAKIT DISIHIR
Seperti yang
kita ketahui sihir ataupun
dikenali buatan orang ini adalah
disebabkan oleh jin. Walaupun
dunia semakin maju dan moden
masih ada ramai yang masih
melakukan perkara-perkara
khurafat. Yang paling ramai
melakukannya adalah melayu islam
terutamanya dalam bidang
perniagaan. Mangsa sihir ini
biasa tidak tahu pada mulanya
dia disantau tetapi lama-kelamaan
pesakit akan rasa sesuatu tidak
kena dan mula mencari perubatan
alternatif. Disebabkan oleh masa
yang diambil lama untuk dapatkan
rawatan alternatif maka
dikhuatiri kesan bisa sihir
tersebut akan sebati didalam
badan. Oleh sebab itu selepas
pesakit mendapat rawatan
pemulihan dengan cara ruqyah
atau apa cara sekalipun, pesakit
digalakkan mendapat rawatan
bekam kerana rawatan ruqyah
tersebut tidak cukup untuk
menyembuhkan keseluruhan akibat
sihir tersebut. Sekiranya
seseorang itu disihir kesan yang
ditinggalkan oleh jin tersebut
akan berada didalam darah dan
sendi pesakit. Rawatan bekam
yang berterusan akan
mengeluarkan bisa-bisa sihir ini
secara konsisten. Biasanya
pesakit yang telah disihir perlu
menerima rawatan bekam seminggu
sekali supaya pengeluaran bisa
sihir boleh dikeluarkan pada
tahap maksimum. |
Hadis-hadis
yang telah menyatakan tentang Rawatan bekam.
Bekam
darah adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah
sejak 1400 tahun yang lalu.
Telah
bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati
sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan
kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah
umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul
bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
Berbekam telah terbukti dapat menghindarkan dan
menyembuhkan penyakit
Sabda Rasulullah: "jika ada ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat
menyembuhkannya"(Diriwayatkan oleh Malik)
Sabda
Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga
hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam
dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku
melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith
Sahih Al Bukhari
TESTIMONIAL |

Saya seorang perokok. Saya juga sering
bekerja diluar selalu mengalami masalah
sakit pinggang dan juga lenguh kaki yang
amat serius. Mungkin disebabkan
persekitaran kerja saya yang menyebabkan
saya banyak berdiri. Saya pernah
mendapatkan rawatan bekam angin dan juga
urut tetapi kesakitan masih terasa.
Sehinggalah saya menemui ebook panduan
dan video ini maka saya terus mencubanya
dengan membeli sekali peralatannya. Saya
boleh melakukan bekam ini dirumah
dibantu oleh isteri saya pada bila-bila
masa sahaja tanpa perlu mengeluarkan
modal yang banyak untuk ketempat rawatab
bekam. Kini rasa sakit sudah beransur
berkurangan dan saya melakukan bekam ini
secara berkala supaya badan saya
sentiasa sihat.
Hakimi, Ampang. |
TESTIMONIAL |

Jerawat belakang badang saya semakin
serius sejak saya bekerja di offshore.
Saya tidak mengambil ubatan diklinik
memandangkan ia hanya dibelakang badan
dan tidak menghalang saya bekerja. Saya
pernah terdengar rawatan bekam mampu
membuang toksin dari badan dan saya amat
berminat dengan rawatan tersebut. Bila
saya terjumpa panduan bekam DIY ini saya
terfikir boleh ke buat bekam sendiri
dirumah? Saya mengambil keputusan untuk
mencuba dan alhamdulillah jerawat
belakang badan saya ini berkurangan
tanpa saya mengambil sebarang ubatan
atau supplemen.
Zaza, Alor Setar. |
Dapatkan Panduan Bekam DIY Sekarang Juga!!!

Ebook
Panduan Bekam
RM60
RM40
. |